PENGUMUMAN

Salam kepada pengunjung blog ibnuabidin. Ingin dimaklumkan bahawa penerbitan video kuliah ust shamsuri yang diterbitkan oleh ibnuabidin motion picture telah dihentikan kerana hal perubahan tempat kerja yang menyukarkan rakaman video untuk dilakukan atas kekangan masa, tempat dan jarak. Untuk tidak menghampakan para pengunjung blog, ibnuabidin akan cuba dapatkan video-video yang diterbitkan oleh sahabat-sahabat lain yang mengikuti kuliah ust shamsuri. Segala kesulitan amatlah saya kesali.

Jazakallah di atas segala sokongan.

PERIHAL KEMATIAN

SEGALA puji bagi Allah SWT tuhan sekalian alam. Selawat dan salam disampaikan kepada junjungan Nabi Muhammad SAW, keluarga dan sahabat-sahabat baginda serta generasi yang mengikuti jejak dan amal soleh mereka, amin.

Ibnuabidin ingin berkongsi kuliah hadis yang berkaitan dengan kematian. Kuliah tersebut telah dirakamkan di Masjid Permatang Buloh, Kepala Batas pada 1 November 2010. Mudah-mudahan kita dapat manfaat dari kuliah tersebut.



sambungan

KEUTAMAAN MENUNTUT ILMU

SEGALA puji bagi Allah SWT tuhan sekalian alam. Selawat dan salam disampaikan kepada junjungan Nabi Muhammad SAW, keluarga dan sahabat-sahabat baginda serta generasi yang mengikuti jejak dan amal soleh mereka, amin.

Ibnuabidin ingin berkongsi kuliah hadis yang berkaitan dengan keutamaan menuntut ilmu. Kuliah tersebut telah dirakamkan di Surau Taman Lake Homes, Kepala Batas pada 27 Oktober 2010. Mudah-mudahan kita dapat manfaat dari kuliah tersebut.



sambungan

NASIB MANUSIA YANG TERAKHIR MASUK KE SYURGA

SEGALA puji bagi Allah SWT tuhan sekalian alam. Selawat dan salam disampaikan kepada junjungan Nabi Muhammad SAW, keluarga dan sahabat-sahabat baginda serta generasi yang mengikuti jejak dan amal soleh mereka, amin.

Ibnuabidin ingin berkongsi kuliah hadis yang berkaitan dengan nasib manusia yang terakhir yang memasuki syurga. Kuliah tersebut telah dirakamkan di Masjid Padang Temusu, Sungai Petani, Kedah pada 26 Oktober 2010. Mudah-mudahan kita dapat manfaat dari kuliah tersebut.



sambungan



sambungan

ABU BAKAR AS-SIDDIQ

SEGALA puji bagi Allah SWT tuhan sekalian alam. Selawat dan salam disampaikan kepada junjungan Nabi Muhammad SAW, keluarga dan sahabat-sahabat baginda serta generasi yang mengikuti jejak dan amal soleh mereka, amin.

Setelah hampir beberapa bulan Ibnuabidin tidak memasukkan kuliah mukadimah Ust Dato Hj Shamsuri Hj Ahmad atas sebab ketiadaan kuliah ust pada bulan 8 dan 9 bagi memberi laluan untuk ibadah puasa dan sambutan hari raya.

Kini Ibnuabidin berkesempatan untuk berkongsi kuliah hadis yang berkaitan dengan Abu Bakar As Siddiq buat pengunjung setia blog Ibnuabidin ini. Kuliah tersebut telah dirakamkan di Masjid Taman Brown, Pulau Pinang pada 18 Oktober 2010. Mudah-mudahan kita dapat manfaat dari kuliah tersebut.



sambungan

PUASA

SEGALA puji bagi Allah SWT tuhan sekalian alam. Selawat dan salam disampaikan kepada junjungan Nabi Muhammad SAW, keluarga dan sahabat-sahabat baginda serta generasi yang mengikuti jejak dan amal soleh mereka, amin.

Ibnuabidin ingin berkongsi kuliah hadis yang berkaitan dengan sunah nabi ketika berpuasa. Kuliah tersebut telah dirakamkan di Surau Ar-Rayyan, Taman Lake Homes, Bertam pada 28 Julai 2010. Mudah-mudahan kita dapat manfaat dari kuliah tersebut.



sambungan



sambungan



sambungan



sambungan



sambungan



sambungan

GANJARAN PAHALA UNTUK AMALAN BAIK

SEGALA puji bagi Allah SWT tuhan sekalian alam. Selawat dan salam disampaikan kepada junjungan Nabi Muhammad SAW, keluarga dan sahabat-sahabat baginda serta generasi yang mengikuti jejak dan amal soleh mereka, amin.

Ibnuabidin ingin berkongsi kuliah hadis yang menceritakan tentang amalan baik yang memperolehi ganjaran pahala yang berterusan. Kuliah tersebut telah dirakamkan di Masjid Permatang Buloh, Kepala Batas pada 5 Julai 2010. Mudah-mudahan kita dapat manfaat dari kuliah tersebut.



sambungan



sambungan

WHY MUSLIM














CIRI-CIRI AHLI SYURGA

SEGALA puji bagi Allah SWT tuhan sekalian alam. Selawat dan salam disampaikan kepada junjungan Nabi Muhammad SAW, keluarga dan sahabat-sahabat baginda serta generasi yang mengikuti jejak dan amal soleh mereka, amin.

Ibnuabidin ingin berkongsi kuliah hadis yang menceritakan tentang salah satu ciri yang ada pada ahli syurga ketika hidup di dunia. Kuliah tersebut telah dirakamkan di Surau Taman Lake Homes, Bertam pada 21 Jun 2010. Mudah-mudahan kita dapat manfaat dari kuliah tersebut.



sambungan



sambungan

PERKARA-PERKARA SEKELILING SYURGA DAN NERAKA

SEGALA puji bagi Allah SWT tuhan sekalian alam. Selawat dan salam disampaikan kepada junjungan Nabi Muhammad SAW, keluarga dan sahabat-sahabat baginda serta generasi yang mengikuti jejak dan amal soleh mereka, amin.

Ibnuabidin ingin berkongsi kuliah hadis yang menceritakan tentang perkara-perkara yang dilingkari di sekeliling syurga dan neraka. Kuliah tersebut telah dirakamkan di Surau Taman Lake Homes, Bertam pada 26 Mei 2010. Mudah-mudahan kita dapat manfaat dari kuliah tersebut.



sambungan



sambungan

ALLAH SAVE PALESTINE

SEGALA puji bagi Allah SWT tuhan sekalian alam. Selawat dan salam disampaikan kepada junjungan Nabi Muhammad SAW, keluarga dan sahabat-sahabat baginda serta generasi yang mengikuti jejak dan amal soleh mereka, amin.

Ibnuabidin ada menerima satu email dari seorang sahabat yang sering menghantar email-email yang amat berguna untuk tatapan iman. Di sini Ibnuabidin ingin berkongsi kandungan email tersebut yang telah diterima pada 6 Jun 2010 daripada lyda_imm@hotmail.com.

Ibnuabidin sebenarnya amat GERAM dan amat MARAH apabila melihat kekejaman tentera ZIONIS LAKNATULLAH yang begitu menjadi-jadi di bumi Palestin. Ini sekaligus menyemarakkan semangat dakwah dan jihad Ibnuabidin untuk menentang puak-puak ZIONIS LAKNATULLAH tak guna ini melalui kerja-kerja dakwah Ibnuabidin di MRSM untuk melahirkan generasi Islam yang berupaya menjadi tokoh-tokoh hebat di dalam bidang sains dan teknologi yang mampu menguasai ekonomi dunia dan menyumbang kepada kebangkitan ISLAM. Mudah-mudahan kandungan post kali ini dapat menggetarkan semangat jihad kalian.

Salam,

Razali Awang, pemberita TV3 yang ke Gaza baru-baru ini pernah datang ke pejabat untuk berkongsi pengalamannya semasa di sana. Pertemuan ini dianjurkan oleh Persatuan Pekerja Islam. Setiap kali Razali ingin bercerita, penceritaan beliau agak tersekat-sekat sebab beliau tidak dapat melupakan pengalaman yang beliau pasti akan kenang sampai mati. Saya ada sesuatu untuk dikongsikan yang membuatkan saya tidak tidur lena.

Mesir
Kata Razali, Mesir kini ibarat mempunyai Firaun moden. Nama sahaja Islam tapi sudah terlalu sekular. Sanggup kencing di dinding-dinding masjid. Mesir menyekat sempadan yang merupakan satu-satunya jalan masuk ke Gaza. Makanan dan ubat-ubatan semuanya rosak di sempadan Mesir-Gaza. Sempadan Gaza and Mesir ini sejauh 14 km. Kalau tidak ada sekatan yang dibuat, pasti rakyat Palestin tidak akan kebuluran. "Mesir sebenarnya lebih rela bersempadan dengan Israel daripada bersempadan dengan Hamas!" – Apa punya manusia ni, kata Razali Awang.
Khutbah Jumaat di Mesir mengharamkan khutbah mengenai keganasan di Gaza. Begitu banyak sebenarnya "checkpoint" perlu beliau lalui di Mesir, tetapi dengan pertolongan Allah SWT, alhamdulillah dapat terlepas dengan mudah. Tetapi yang peritnya, ada di antara mereka yang menjaga "checkpoint" tersebut yang meminta rasuah. Bas pula dikenakan bayaran RM 70 untuk perjalanan 500 meter. Memang sekutu kuat Amerika and Israel. (Eee…tak ingin hantar anak pergi Al Azhar, lebih baik hantar ke negara Islam lain. UIA pun dah bagus.)

Gaza (Palestin)
Terbahagi kepada 2 – Hamas dan Fatah. Sebelah Fatah ada kasino! Kata wartawan dari Belgium dan Itali, "the best strawberry in the world comes from Gaza". Imam Shafie lahir di sini (sebak pulak bila dengar yang ni). Razali kata rakyat Palestine sangat berpegang teguh kepada ajaran Islam dan mazhab Shafie. Orang Palestine sangat baik dan mudah berkawan berbanding Arab terutamanya Arab Mesir. Moyang Rasulullah SAW dikebumikan dia sini (lupa nama, tapi ada dimaklumkan mengenai Hashim). Sebuah negara yang cantik beriklim Mediterranean dan boleh mengalahkan Los Angeles kalau tak kerana peperangan..

Hamas
Memang kalangan yabg rela mati sebab mati syahid. Rela mati bila-bila masa. Bila bersalam perpisahan dengan Razali, mereka akan ucap "Kalau anda datang lagi ke sini, adakah kita akan bertemu lagi." Kata-kata ini ibarat mereka sedar yang ajal mereka pasti akan menjelma pada bila-bila masa. Tulang-tulang yang melekat pada dinding bangunnan yang rosak, tidak busuk walau dah berminggu! Mayat tidak reput langsung, bila kubur dibedil oleh Israel. Punyalah jahat Israel ini, kubur pun nak dibedil kerana kononnya ada tempat simpan senjata.
Hamas ada 25,000 orang dan tidak memiliki senjata canggih tetapi yang mati hanya 100 lebih orang sahaja. Hamas beroperasi di bawah tanah dan mereka berada di merata-rata tempat dan bergerak dalam kumpulan kecil. Isteri kepada yang mati syahid, hanya mempunyai satu misi iaitu untuk berperang dan mati syahid supaya dapat berjumpa suami semula di syurga. Bagi mereka, kanak-kanak yang mati akan berada di sisi Allah SWT. Menurut seorang ibu yang anaknya mati syahid, hari ini seorang mati, esok akan lahir lagi seorang bayi.

Israel
Memang pengecut sebab tidak berani perang "one to one" dengan Hamas. Di darat hanya duduk di dalam kereta kebal dan serang dengan bom pintar, bom fosforus dari jarak jauh. Mereka sedar bahawa Hamas mempunyai penembak tepat! Jadi, mereka begitu takut untuk turun dari kereta kebal.

Kereta kebal Israel memusnahkan tanaman seperti anggur dan pokok zaitun sebab tanaman ni makan masa bertahun untuk tumbuh balik. Biar rakyat Palestin kebulur dan tidak ada sumber pendapatan. Semua resolusi PBB, satu pun Israel tidak ikut. Ada "back-up" besarlah katakannn.

Rakyat Palestin
Sedih Razali melihat mereka merebus rumput sebab sudah tidak ada makanan. Kanak-kanak tiada cita-cita lain selain dari ingin menjadi pengebom berani mati kerana trauma melihat ahli keluarga dibunuh di depan mata sendiri. Di hospital, pembedahan, jahit kulit dan lain-lain terpaksa dibuat tanpa bius. Sebab ubat sudah tiada. Razali berkata, beliau tidak tahan bila melihat budak-budak menjerit kesakitan bila kepala di jahit. Beliau juga ada pergi sendiri ke dewan bedah yang telah dibedil dengan bom fosforus. Sebelum serangan ada beberapa doktor yang sedang bedah pesakit. Razali berkata, tiada apa yang tinggal. Semua sudah menjadi abu. Ada juga ternampak serpihan tulang di merata-rata tempat. Fosforus ini boleh menghancurkan kulit dan tulang. Nauzubillah. Ada banyak lagi tetapi terlalu panjang untuk ditulis. Razali Awang memang sukarela untuk pergi ke Gaza. Jadi, inilah yang diceritakan oleh beliau.
Satu lagi antara pembekal rifle ke Israel selain dari USA is negara jiran kita yang paling dekat iaitu SINGAPURA. Jadi, Razali berkata, kalau kita "shopping" di sana ibarat kita menyokong Israel. Jadi rakan-rakan, kita terus berdoa dan berdoa untuk keselamatan saudara Islam kita di mana jua mereka berada.

Wasalam.

The bellow photos are not a Movie Shooting or Celebrating a festival with crackers but its a school in Gaza. This is the current situation of the innocent people in Gaza! Make sure you read till last to know what is white phosphorus and the effect!

(UNRWA SCHOOL IN BEIT LAHIA, GAZA , PALESTINE)

































ALLAH SUKA BERJUMPA HAMBANYA

SEGALA puji bagi Allah SWT tuhan sekalian alam. Selawat dan salam disampaikan kepada junjungan Nabi Muhammad SAW, keluarga dan sahabat-sahabat baginda serta generasi yang mengikuti jejak dan amal soleh mereka, amin.

Ibnuabidin ingin berkongsi kuliah hadis yang menceritakan tentang siapa yang suka jumpa Allah, maka Allah pun suka untuk berjumpa dengannya. Kuliah tersebut telah dirakamkan di Surau Taman Lake Homes, Bertam pada 12 Mei 2010. Mudah-mudahan kita dapat manfaat dari kuliah tersebut.



sambungan



sambungan

SIFAT RENDAH DIRI NABI MUHAMMAD SAW

SEGALA puji bagi Allah SWT tuhan sekalian alam. Selawat dan salam disampaikan kepada junjungan Nabi Muhammad SAW, keluarga dan sahabat-sahabat baginda serta generasi yang mengikuti jejak dan amal soleh mereka, amin.

Ibnuabidin ingin berkongsi kuliah hadis yang menceritakan tentang sifat rendah diri nabi Muhammad SAW. Kuliah tersebut telah dirakamkan di Surau Taman Kerian, Parit Buntar, Perak pada 10 Mei 2010. Mudah-mudahan kita dapat manfaat dari kuliah tersebut.



sambungan

PERWATAKAN NABI MUHAMMAD SAW

SEGALA puji bagi Allah SWT tuhan sekalian alam. Selawat dan salam disampaikan kepada junjungan Nabi Muhammad SAW, keluarga dan sahabat-sahabat baginda serta generasi yang mengikuti jejak dan amal soleh mereka, amin.

Ibnuabidin ingin berkongsi kuliah hadis yang menceritakan tentang perwatakan nabi Muhammad SAW. Kuliah tersebut telah dirakamkan di Surau Taman Kerian, Parit Buntar, Perak pada 12 April 2010. Mudah-mudahan kita dapat manfaat dari kuliah tersebut.



sambungan



sambungan

BERCAKAP TANPA USUL PERIKSA

SEGALA puji bagi Allah SWT tuhan sekalian alam. Selawat dan salam disampaikan kepada junjungan Nabi Muhammad SAW, keluarga dan sahabat-sahabat baginda serta generasi yang mengikuti jejak dan amal soleh mereka, amin.

Ibnuabidin ingin berkongsi kuliah hadis yang membincangkan mengenai bercakap tanpa usul periksa. Kuliah tersebut telah dirakamkan di Masjid Permatang Buluh, Kepala Batas, Pulau Pinang pada 5 April 2010. Mudah-mudahan kita dapat manfaat dari kuliah tersebut.



sambungan



sambungan

ORANG IKHLAS ITU TERTINDAS

SEGALA puji bagi Allah SWT tuhan sekalian alam. Selawat dan salam disampaikan kepada junjungan Nabi Muhammad SAW, keluarga dan sahabat-sahabat baginda serta generasi yang mengikuti jejak dan amal soleh mereka, amin.

Ibnuabidin ada menerima satu email dari seorang sahabat yang sering menghantar email-email yang amat berguna untuk tatapan iman. Di sini Ibnuabidin ingin berkongsi kandungan email tersebut yang telah diterima pada 19 April 2010 daripada lyda_imm@hotmail.com, mudah-mudahan kita dapat manfaat yang berguna.

Jika kita memberi kebaikan kepada seseorang, kebaikan itu akan dibalas walaupun yang membalasnya bukan orang yang kita berikan kebaikan itu. Hakikat ini mengingatkan saya kepada satu perbualan yang berlaku sewaktu saya mengendalikan program latihan beberapa tahun lalu di sebuah organisasi.

“Saya tidak mempunyai apa-apa harapan lagi pada organisasi ini,” kata seorang kakak berterus-terang.

“Mengapa?” balas saya.

“Organisasi ini dipenuhi oleh kaki bodek dan kaki ampu. Saya terseksa bekerja secara ikhlas di sini. Tidak pernah dihargai, tidak ada ganjaran yang wajar. Saya bukannya orang yang bermuka-muka. Tak pandai saya nak ampu-ampu orang atas, Fokus saya kepada kerja sahaja.”

Kakak itu sebenarnya adalah peserta program yang paling senior. Telah berpuluh tahun bekerja dalam organisasi tersebut. Itu adalah kali terakhir dia mengikuti program latihan. Enam bulan lagi dia akan bersara. Kesempatan yang diberikan kepadanya dalam sesi memperkenalkan diri itu telah digunakannya sepenuhnya untuk meluahkan rasa kecewa dan marahnya sepanjang berkhidmat di situ. Sungguh, dia kecewa sekali. Siapa tidak marah, jika bekerja secara ikhlas dan gigih tetapi tidak pernah dinaikkan pangkat atau mendapat kenaikan gaji?

Sewaktu rehat, sambil minum-minum dan berbual santai saya bertanya kepadanya, “kakak punya berapa orang anak?”

Sengaja saya bertanya soal-soal “di luar kotak” agar ketegangan dalam sesi sebelumnya dapat diredakan.

“Oh ramai encik…”

“Bagaimana dengan anak-anak kakak?”

Wah, saya lihat dia begitu ceria apabila mula menceritakan tentang anak-anaknya. Boleh dikatakan semua anak-anaknya berjaya dalam profesion masing-masing. Ada yang menjadi doktor, jurutera, pensyarah dan sebagainya. Malah seorang anaknya telah menjadi hafiz.

“Kakak, boleh saya bertanya?”

“Tanyalah encik…” ujar kakak itu sambil tersenyum. Mendung di wajahnya sudah berlalu. Dia begitu teruja bila bercerita tentang anak-anaknya. Memang, semua anak-anaknya menjadi.

“Jika kakak diberi pilihan, antara anak-anak yang “menjadi” dengan naik gaji, mana yang kakak pilih?”

Belum sempat dia menjawab, saya bertanya lagi, “antara kakak naik pangkat dengan anak-anak berjaya dalam karier mereka, mana yang kakak pilih?”

Dengan cepat kakak itu menjawab, “hati ibu encik… tentulah saya pilih anak-anak saya menjadi walaupun tidak naik gaji atau dapat pangkat. Anak-anak adalah harta kita yang paling berharga!”

Saya tersenyum. Hati ibu, begitulah semestinya.

“Kakak, sebenarnya keikhlasan dan kegigihan kakak bekerja dalam organisasi ini telah mendapat ganjaran…” kata saya perlahan. Hampir berbisik.

“Maksud encik?”

“Allah telah membalas dengan ganjaran yang lebih baik dan lebih kakak lebih sukai. Bila kakak ikhlas bekerja dalam organisasi ini, Allah berikan kepada kakak anak-anak yang menjadi.”
“Tidak pernah saya terfikir begitu encik…”

“Allah Maha Berkuasa. Ada kalanya takdir dan perbuatan-Nya terlalu misteri dan rahsia untuk dijangkau oleh pemikiran kita. Tetapi yakinlah what you give, you get back. Itu hukum sunatullah dalam hubungan sesama manusia. Kebaikan yang kita buat akan kembali kepada kita. Yakinlah.”

“Walaupun bukan daripada seseorang atau sesuatu pihak yang kita berikan kebaikan itu?”

“Maksud kakak?”

“Macam ni, saya buat kebaikan kepada organisasi tempat saya bekerja, tapi Allah berikan kebaikan kepada keluarga. Pembalasan Allah bukan di tempat saya bekerja, sebaliknya diberikan dalam keluarga saya. Begitukah encik?”

“Itulah yang saya katakan tadi, takdir Allah kekadang terlalu misteri. Tetapi ketetapannya mutlak dan muktamad, siapa yang memberi kebaikan akan dibalas dengan kebaikan. Dalam istilah biasa itu dipanggil golden rule!”

Kakak itu termenung. Mungkin memikirkan pertalian dan kaitan antara apa yang berlaku dalam organisasi dengan familinya.

“Metafora atau analoginya begini. Katalah kita sedang memandu di satu jalan yang mempunyai dua atau tiga lorong. Penuh sesak. Tiba-tiba sebuah kereta yang tersalah lorong di sebelah memberi isyarat untuk masuk ke lorong kita. Kerana simpati melihat dia terkial-kial memberi isyarat, kita pun beralah, lalu memberi laluan untuk kereta itu masuk di hadapan kita…”

Saya berhenti seketika mengambil nafas sambil mencari reaksi. Saya lihat kakak itu mendengar penuh minat. Dia meneliti metafora yang saya sampaikan dengan begitu teliti.

“Kemudian kita terus memandu ke hadapan. Mungkin sejam kemudian atau setelah berpuluh-puluh kilometer, tiba-tiba kita pula yang tersalah lorong. Kita pula yang memberi lampu isyarat untuk masuk ke lorong sebelah. Soalnya logikkah kalau kita mengharapkan kereta yang kita bantu sebelumnya memberi laluan untuk kita?”

Kakak itu tersenyum dan berkata, “tak logik encik. Kereta yang kita bantu tadi entah ke mana perginya.”

“Tapi ada tak kereta lain yang simpati dan memberi laluan untuk kita?’

“Pasti ada! Insya-Allah.”

“Ya, begitulah. Padahal kereta itu tidak pernah sekali pun kita tolong. Tetapi Allahlah yang menggerakkan hati pemandunya untuk memberi laluan kepada kita. Orang yang kita beri kebaikan, tidak ada di situ untuk membalas kebaikan kita… Tetapi Allah menggerakkan hati orang lain, yang tidak pernah merasa kebaikan kita untuk membalas kebaikan kita tadi.”

“Subhanallah!”

“Begitu dalam litar di jalan raya dan begitu jualah litar dalam kehidupan manusia. Kita buat baik kepada A, tetapi kerap kali bukan A yang membalas kebaikan kita tetapi B atau C atau D atau lain-lainnya yang membalasnya. Inilah hakikat yang berlaku dalam kehidupan ini.”

“Kita tidak boleh kecewa bila keikhlasan kita dipersiakan?” tanya kakak itu lagi. Lebih kepada satu respons minta diiyakan.

“Kakak, ikhlas sebenar tidak pinta dibalas. Tetapi Allah Maha Kaya dan Maha Pengasih, siapa yang ikhlas akan diberi ganjaran walaupun mereka tidak memintanya kerana setiap kebaikan itu akan dikembalikan kepada orang yang melakukannya. Ia umpama bola yang dibaling ke dinding, akan melantun semula kepada pembalingnya!”

“Selalunya saya dengar, orang ikhlas akan dibalas di akhirat.”

“Itulah balasan yang lebih baik dan kekal. Tetapi saya katakan tadi, Allah Maha kaya, Allah mahu dan mampu membalas keikhlasan hamba-Nya di dunia lagi.”

“Maksud encik?”

“Orang yang ikhlas akan diberi ketenangan dan kebahagiaan dalam hidup. Anak-anak yang soleh dan solehah. Isteri yang taat atau suami yang setia. Dan paling penting… hati yang sejahtera. Inilah kekayaan dan kelebihan yang lebih utama daripada pangkat, gaji dan jawatan.”

“Jadi orang ikhlas akan terus ditindas, tidak dapat kenaikan pangkat atau gaji? Bukan apa, saya terfikir kenapa nasib kaki ampu dan kaki bodek lebih baik dalam organisasi. Mereka dapat naik pangkat!”

Giliran saya pula tersenyum.

“Tidak ada kebaikan yang akan kita dapat melalui jalan yang salah. Percayalah, kalau benar mereka kaki ampu dan bodek sahaja… pangkat yang mereka dapat akan menyebabkan mereka melarat. Gaji naik, tetapi ketenangan hati menurun. Ingat apa yang saya kata tadi, what you give you get back… Golden rule itu bukan untuk kebaikan sahaja, tetapi untuk kejahatan juga. Kalau kita berikan kejahatan, kejahatan itu akan kembali semula kepada kita. Kaki ampu, mungkin akan dapat anak yang pandai bermuka-muka. Kaki bodek mungkin dibalas dengan isteri yang berpura-pura!” terang saya panjang lebar.

“Jadi apa yang harus saya lakukan dengan baki masa perkhidmatan yang tinggal tidak beberapa bulan lagi ni?”

“Bekerjalah dengan gigih. Walaupun mungkin bos tidak melihatnya, tetapi Allah Maha Melihat. Bekerja itu satu ibadah. God is our “ceo”, kata orang sekarang. Insya-Allah, satu hari nanti manusia juga akan diperlihatkan oleh Allah tentang keikhlasan manusia yang lain. Jangan berhenti memberi kebaikan hanya kerana tidak dapat penghargaan…”

“Maksud encik?”

“Jangan mengharap terima kasih daripada manusia atas kebaikan yang kita buat kepadanya.”

“Kenapa?”

“Kita akan sakit jiwa!”

“Kenapa?”

“Kerana umumnya manusia tidak pandai berterima kasih. Lihatlah, kalau kepada Allah yang Maha Memberi pun manusia tidak pandai bersyukur dan berterima kasih, apalagi kepada manusia yang pemberiannya terbatas dan berkala. Sedikit sekali daripada manusia yang bersyukur,” balas saya mengulangi apa yang maktub dalam Al Quran.

“Tetapi Allah tidak berhenti member.” Kata kakak itu perlahan.

“Walaupun manusia tidak berterima kasih kepada-Nya. Sekalipun kepada yang derhaka dan kafir, tetapi Allah terus memberi… Justeru siapa kita yang tergamak berhenti memberi hanya kerana tidak mendapat penghargaan dan ucapan terima kasih?”

“Ah, kita terlalu ego…”

Dan itulah kesimpulan perbualan yang saya kira sangat bermakna dan besar impaknya dalam hidup saya. Saya terasa “diperingatkan” semasa memberi peringatan kerana pada hakikatnya saya juga tidak terlepas daripada lintasan hati oleh satu pertanyaan… orang ikhlas tertindas?

DIALOG MAYAT

SEGALA puji bagi Allah SWT tuhan sekalian alam. Selawat dan salam disampaikan kepada junjungan Nabi Muhammad SAW, keluarga dan sahabat-sahabat baginda serta generasi yang mengikuti jejak dan amal soleh mereka, amin.

Ibnuabidin ingin berkongsi kuliah hadis yang membincangkan mengenai dialog mayat yang dibawa ke perkuburan. Kuliah tersebut telah dirakamkan di Surau Ar-Rayyan pada 24 Mac 2010. Mudah-mudahan kita dapat manfaat dari kuliah tersebut.



sambungan

SEDEKAH

SEGALA puji bagi Allah SWT tuhan sekalian alam. Selawat dan salam disampaikan kepada junjungan Nabi Muhammad SAW, keluarga dan sahabat-sahabat baginda serta generasi yang mengikuti jejak dan amal soleh mereka, amin.

Ibnuabidin ingin berkongsi kuliah hadis yang membincangkan mengenai sedekah. Kuliah tersebut telah dirakamkan di Surau Ar-Rayyan pada 10 Mac 2010. Mudah-mudahan kita dapat manfaat dari kuliah tersebut.



sambungan

PERMUSUHAN SESAMA ISLAM

SEGALA puji bagi Allah SWT tuhan sekalian alam. Selawat dan salam disampaikan kepada junjungan Nabi Muhammad SAW, keluarga dan sahabat-sahabat baginda serta generasi yang mengikuti jejak dan amal soleh mereka, amin.

Ibnuabidin ingin berkongsi kuliah hadis yang membincangkan mengenai permusuhan sesama Islam. Kuliah tersebut telah dirakamkan di Surau Taman Kerian, Parit Buntar, Perak pada 8 Mac 2010. Mudah-mudahan kita dapat manfaat dari kuliah tersebut.



sambungan



sambungan



sambungan

HUBUNGAN SILATURAHIM

SEGALA puji bagi Allah SWT tuhan sekalian alam. Selawat dan salam disampaikan kepada junjungan Nabi Muhammad SAW, keluarga dan sahabat-sahabat baginda serta generasi yang mengikuti jejak dan amal soleh mereka, amin.

Ibnuabidin ingin berkongsi kuliah hadis yang membincangkan mengenai menjaga hubungan silaturahim. Kuliah tersebut telah dirakamkan di Masjid Permatang Buluh, Kepala Batas, Pulau Pinang pada 1 Mac 2010. Mudah-mudahan kita dapat manfaat dari kuliah tersebut.



sambungan



sambungan

SABAR DENGAN UJIAN ALLAH SWT

SEGALA puji bagi Allah SWT tuhan sekalian alam. Selawat dan salam disampaikan kepada junjungan Nabi Muhammad SAW, keluarga dan sahabat-sahabat baginda serta generasi yang mengikuti jejak dan amal soleh mereka, amin.

Ibnuabidin ingin berkongsi kuliah hadis yang membincangkan perihal bersabar dengan ujian dari Allah SWT. Kuliah tersebut telah dirakamkan di Surau Ar-Rayyan, Taman Lake Home, Kepala Batas, Pulau Pinang pada 24 Februari 2010. Mudah-mudahan kita dapat manfaat dari kuliah tersebut.



sambungan

ALLAH SWT MAHA PENGAMPUN

SEGALA puji bagi Allah SWT tuhan sekalian alam. Selawat dan salam disampaikan kepada junjungan Nabi Muhammad SAW, keluarga dan sahabat-sahabat baginda serta generasi yang mengikuti jejak dan amal soleh mereka, amin.

Ibnuabidin ingin berkongsi kuliah hadis yang membincangkan perihal keampunan Allah SWT kepada mana-mana hambaNya yang tidak pernah lepas daripada membuat dosa dan kerosakan. Kuliah tersebut telah dirakamkan di Masjid Permatang Buloh, Kepala Batas, Pulau Pinang pada 1 Februari 2010. Mudah-mudahan kita dapat manfaat dari kuliah tersebut.



Sambungan

BERBUAT KEBAIKAN

SEGALA puji bagi Allah SWT tuhan sekalian alam. Selawat dan salam disampaikan kepada junjungan Nabi Muhammad SAW, keluarga dan sahabat-sahabat baginda serta generasi yang mengikuti jejak dan amal soleh mereka, amin.

Ibnuabidin ingin berkongsi kuliah hadis yang membincangkan perihal berbuat kebaikan dan kedudukannya di sisi Allah SWT. Kuliah tersebut telah dirakamkan di Surau Ar-Rayyan, Taman Lake Home (Kediaman baru Ust), Kepala Batas, Pulau Pinang pada 27 Januari 2010. Mudah-mudahan kita dapat manfaat dari kuliah tersebut.



sambungan

KISAH SAID BIN ZAID

SEGALA puji bagi Allah SWT tuhan sekalian alam. Selawat dan salam disampaikan kepada junjungan Nabi Muhammad SAW, keluarga dan sahabat-sahabat baginda serta generasi yang mengikuti jejak dan amal soleh mereka, amin.

Ibnuabidin ingin berkongsi kuliah hadis yang menceritakan tentang satu fitnah yang melanda kepada sahabat Nabi SAW yang telah dijanjikan syurga yakni Said bin Zaid. Kuliah tersebut telah dirakamkan di Masjid Taman Brown, Pulau Pinang pada 18 Januari 2010. Mudah-mudahan kita dapat manfaat dari kuliah tersebut.



Sambungan

KITA IBARAT PINGGAN

SEGALA puji bagi Allah SWT tuhan sekalian alam. Selawat dan salam disampaikan kepada junjungan Nabi Muhammad SAW, keluarga dan sahabat-sahabat baginda serta generasi yang mengikuti jejak dan amal soleh mereka, amin.

Ibnuabidin ada menerima satu email dari seorang sahabat yang sering menghantar email-email yang amat berguna untuk tatapan iman. Di sini Ibnuabidin ingin berkongsi kandungan email tersebut yang telah diterima pada 10 Januari 2010 daripada ai_subc@sam.com.my, mudah-mudahan kita dapat manfaat yang berguna.



Andaikan 3 individu berbeza meminjam sebiji pinggan daripada kita. Selang beberapa tempoh masa, individu pertama memulangkan pinggan tersebut dalam keadaan bersih cantik tanpa sebarang kecacatan. Lalu kita pun terus meletakkannya di atas rak pinggan mangkuk seperti keadaan asalnya.

Individu kedua pula memulangkan pinggan tersebut dalam keadaannya yang masih kotor; tidak berbasuh. Pinggan tersebut akan kita basuh sehingga bersih, kemudian barulah ianya diletakkan di tempat yang sepatutnya.

Individu ketiga pula memulangkan pinggan tersebut dalam keadaan pecah bersepai. Tidak boleh dibezakan lagi bentuknya antara pinggan mahupun serpihan kaca. Tiada nilainya lagi. Kita tiada pilihan lain selain menghumbankannya ke dalam tong sampah yang hina.

Begitulah jua halnya dengan Allah Taala. Jika kita kembali kepadaNya dalam keadaan bersih, elok, tanpa kekotoran dosa, maka Allah akan terus meletakkan kita di tempat yang baik dan tempat yang selayaknya bagi kita. Iaitu syurga.

Namun jika kita kembali ke hadratNya dalam keadaan kotor dengan dosa, Allah akan
'basuh' kita sebersih-bersihnya di dalam api neraka sebelum memasukkan kita ke dalam syurga.

Tetapi jika kita kembali kepadaNya dalam keadaan yang rosak imannya, sehingga tidak dapat dibezakan antara iman dengan kufur, maka Allah tidak akan teragak-agak untuk menghumbankan kita ke dalam neraka jahannam yang hina buat selama-lamanya, ibarat pinggan yang pecah; tiada nilai lagi.

Semoga bermanfaat.

SELAWAT KE ATAS NABI MUHAMMAD SAW

SEGALA puji bagi Allah SWT tuhan sekalian alam. Selawat dan salam disampaikan kepada junjungan Nabi Muhammad SAW, keluarga dan sahabat-sahabat baginda serta generasi yang mengikuti jejak dan amal soleh mereka, amin.

Ibnuabidin ingin berkongsi kuliah hadis yang membincangkan mengenai selawat ke atas Nabi Muhammad SAW. Kuliah tersebut telah dirakamkan di Masjid Permatang Buluh, Kepala Batas, Pulau Pinang pada 4 Januari 2010. Mudah-mudahan kita dapat manfaat dari kuliah tersebut.



Sambungan

NAFSU SYAHWAT

SEGALA puji bagi Allah SWT tuhan sekalian alam. Selawat dan salam disampaikan kepada junjungan Nabi Muhammad SAW, keluarga dan sahabat-sahabat baginda serta generasi yang mengikuti jejak dan amal soleh mereka, amin.

Ibnuabidin ingin membincangkan mengenai satu tajuk yang cukup penting di dalam kehidupan manusia tidak kira muda atau tua iaitu NAFSU SYAHWAT. Apakah itu nafsu syahwat? Satu persoalan yang semua orang tahu malah lebih memahaminya.

Nafsu syahwat atau lebih dikenali dengan istilah nafsu seks adalah suatu keinginan untuk bersetubuh antara dua manusia yang berlainan jantina. Tetapi skop istilah ini boleh diperluaskan lagi dengan keinginan menjalinkan hubungan persetubuhan sesama jantina atau antara manusia dengan haiwan akibat dari kejahilan manusia itu sendiri.

Sesungguhnya hikmah Allah SWT menjadikan nafsu seks ke atas manusia adalah untuk memastikan manusia memperolehi kelazatan dan kenikmatan dari persetubuhan yang sihat dan dibenarkan syarak iaitu melalui ikatan perkahwinan. Namun, di zaman yang penuh dengan kemajuan teknologi yang kononnya manusia hidup dalam peradaban yang tinggi, kita dapati kes-kes zina amat berleluasa di kalangan remaja Islam kita. Ibnuabidin amat sedih sekali kerana Malaysia dilanda dengan satu musibah yang besar yakni kehancuran warga belianya. Kini, pelajar sekolah pula sudah mula berani melibatkan diri di dalam perkara maksiat ini dan yang lebih teruk lagi ada pula yang sanggup merakamkan aksi keji tersebut dan diedarkan kepada rakan-rakan yang lain.

Allah SWT juga menjadikan nafsu seks sebagai cara untuk meramaikan manusia dan bukannya untuk meramaikan mayat bayi di sungai, longkang dan tong sampah. Inilah jadinya apabila manusia sudah mula bersifat melebihi haiwan. Kucing pun sayang anaknya. Itulah sikap manusia, sudahlah berzina malah membuang anak pula. Sudahlah berdosa kepada Allah malah ditambah lagi dosa kepada Allah. Tidak ada langsung sekelumit ketakutan kepada Allah yang MAHA AGUNG. Tunggulah azab yang amat pedih di akhirat nanti kecuali taubat diterima oleh Allah SWT.

Tidak memenuhi keperluan seksual boleh menyebabkan akal fikiran menjadi tumpul dan pegangan agama pula menjadi lemah. Kerana itu, ramai yang cenderung untuk melakukan onani, homoseksual dan lesbian. Memandangkan nafsu syahwat yang di luar kawalan akal adalah sangat berbahaya, maka sesetengah orang bijak pandai ada berkata: "Apabila zakar lelaki itu telah bangun (tegang dan berereksi), nescaya telah hilang dua pertiga dari akalnya." Sehubungan dengan bahaya nafsu seks ini, Nabi Muhammad SAW mengajarkan umatnya sepotong doa berikut:

"Aku berlindung dengan Allah SWT dari kejahatan pendengaranku, penglihatanku, hatiku, keseronokanku, dan dari air maniku."

Doa yang diajarkan oleh baginda menerusi hadith di atas adalah sebagai ingatan bahawa air mani yang keluar dengan cara-cara tidak halal aadalah satu perbuatan dosa. Oleh yang demikian, Ibnuabidin amat mengharapkan agar para pembaca dan Ibnuabidin sendiri akan mempraktikkan doa ini untuk menjauhi diri dari perkara-perkara yang akan merugikan kita kelak.

Keinginan seks sebenarnya adalah salah satu dari tentera syaitan untuk memperdayakan manusia. Nafsu syahwat terhadap wanita yang sangat keterlaluan mempunyai dua kesan yang sangat buruk iaitu:

1. Kehidupan seseorang yang tidak dapat mengawal nafsu seksnya akan disibukkan untuk menyalurkan kemahuan seksnya seperti berzina, onani dan sebagainya.

2. Nafsu syahwat yang melampau akan berkesudahan dengan ketagihan dan ini akan menyebabkan seseorang itu tidak akan puas terhadap persetubuhan. Padahal dia dijadikan oleh Allah SWT untuk menjadi orang yang taat dan sentiasa beribadat kepadaNya tetapi sebaliknya dia hanya taat kepada tuntutan nafsu seksnya yang melampau.

Ibnuabidin ingin mengajak semua orang Islam agar sentiasa berperang menangani nafsu seks dan mempertingkatkan amal ibadah kepada Allah SWT. Pintu taubat masih terbuka luas. Ayuh! Marilah kita tunjukkan ketaatan kita kepada Allah SWT dengan melaksanakan suruhanNya dan meninggalkan laranganNya.

Seandainya kita tidak mampu melawan kehendak nafsu seks, Islam mengenengahkan cara penyelesaiannya dengan berpuasa dan berkahwin. Ini sesuai dengan sabda Nabi SAW yang bermaksud:

"Wahai para pemuda, hendaklah kamu berkahwin, jika belum mampu, maka berpuasalah, kerana ianya boleh menjadi ubat bagi nafsu syahwat."

Ibnuabidin mendoakan agar kita semua diampunkan Allah SWT atas segala dosa yang kita lakukan. MARILAH MENUJU CINTA KEPADA ALLAH.