PENGUMUMAN

Salam kepada pengunjung blog ibnuabidin. Ingin dimaklumkan bahawa penerbitan video kuliah ust shamsuri yang diterbitkan oleh ibnuabidin motion picture telah dihentikan kerana hal perubahan tempat kerja yang menyukarkan rakaman video untuk dilakukan atas kekangan masa, tempat dan jarak. Untuk tidak menghampakan para pengunjung blog, ibnuabidin akan cuba dapatkan video-video yang diterbitkan oleh sahabat-sahabat lain yang mengikuti kuliah ust shamsuri. Segala kesulitan amatlah saya kesali.

Jazakallah di atas segala sokongan.

KITA IBARAT PINGGAN

SEGALA puji bagi Allah SWT tuhan sekalian alam. Selawat dan salam disampaikan kepada junjungan Nabi Muhammad SAW, keluarga dan sahabat-sahabat baginda serta generasi yang mengikuti jejak dan amal soleh mereka, amin.

Ibnuabidin ada menerima satu email dari seorang sahabat yang sering menghantar email-email yang amat berguna untuk tatapan iman. Di sini Ibnuabidin ingin berkongsi kandungan email tersebut yang telah diterima pada 10 Januari 2010 daripada ai_subc@sam.com.my, mudah-mudahan kita dapat manfaat yang berguna.



Andaikan 3 individu berbeza meminjam sebiji pinggan daripada kita. Selang beberapa tempoh masa, individu pertama memulangkan pinggan tersebut dalam keadaan bersih cantik tanpa sebarang kecacatan. Lalu kita pun terus meletakkannya di atas rak pinggan mangkuk seperti keadaan asalnya.

Individu kedua pula memulangkan pinggan tersebut dalam keadaannya yang masih kotor; tidak berbasuh. Pinggan tersebut akan kita basuh sehingga bersih, kemudian barulah ianya diletakkan di tempat yang sepatutnya.

Individu ketiga pula memulangkan pinggan tersebut dalam keadaan pecah bersepai. Tidak boleh dibezakan lagi bentuknya antara pinggan mahupun serpihan kaca. Tiada nilainya lagi. Kita tiada pilihan lain selain menghumbankannya ke dalam tong sampah yang hina.

Begitulah jua halnya dengan Allah Taala. Jika kita kembali kepadaNya dalam keadaan bersih, elok, tanpa kekotoran dosa, maka Allah akan terus meletakkan kita di tempat yang baik dan tempat yang selayaknya bagi kita. Iaitu syurga.

Namun jika kita kembali ke hadratNya dalam keadaan kotor dengan dosa, Allah akan
'basuh' kita sebersih-bersihnya di dalam api neraka sebelum memasukkan kita ke dalam syurga.

Tetapi jika kita kembali kepadaNya dalam keadaan yang rosak imannya, sehingga tidak dapat dibezakan antara iman dengan kufur, maka Allah tidak akan teragak-agak untuk menghumbankan kita ke dalam neraka jahannam yang hina buat selama-lamanya, ibarat pinggan yang pecah; tiada nilai lagi.

Semoga bermanfaat.