PENGUMUMAN

Salam kepada pengunjung blog ibnuabidin. Ingin dimaklumkan bahawa penerbitan video kuliah ust shamsuri yang diterbitkan oleh ibnuabidin motion picture telah dihentikan kerana hal perubahan tempat kerja yang menyukarkan rakaman video untuk dilakukan atas kekangan masa, tempat dan jarak. Untuk tidak menghampakan para pengunjung blog, ibnuabidin akan cuba dapatkan video-video yang diterbitkan oleh sahabat-sahabat lain yang mengikuti kuliah ust shamsuri. Segala kesulitan amatlah saya kesali.

Jazakallah di atas segala sokongan.

PERKARA-PERKARA SEKELILING SYURGA DAN NERAKA

SEGALA puji bagi Allah SWT tuhan sekalian alam. Selawat dan salam disampaikan kepada junjungan Nabi Muhammad SAW, keluarga dan sahabat-sahabat baginda serta generasi yang mengikuti jejak dan amal soleh mereka, amin.

Ibnuabidin ingin berkongsi kuliah hadis yang menceritakan tentang perkara-perkara yang dilingkari di sekeliling syurga dan neraka. Kuliah tersebut telah dirakamkan di Surau Taman Lake Homes, Bertam pada 26 Mei 2010. Mudah-mudahan kita dapat manfaat dari kuliah tersebut.



sambungan



sambungan

ALLAH SAVE PALESTINE

SEGALA puji bagi Allah SWT tuhan sekalian alam. Selawat dan salam disampaikan kepada junjungan Nabi Muhammad SAW, keluarga dan sahabat-sahabat baginda serta generasi yang mengikuti jejak dan amal soleh mereka, amin.

Ibnuabidin ada menerima satu email dari seorang sahabat yang sering menghantar email-email yang amat berguna untuk tatapan iman. Di sini Ibnuabidin ingin berkongsi kandungan email tersebut yang telah diterima pada 6 Jun 2010 daripada lyda_imm@hotmail.com.

Ibnuabidin sebenarnya amat GERAM dan amat MARAH apabila melihat kekejaman tentera ZIONIS LAKNATULLAH yang begitu menjadi-jadi di bumi Palestin. Ini sekaligus menyemarakkan semangat dakwah dan jihad Ibnuabidin untuk menentang puak-puak ZIONIS LAKNATULLAH tak guna ini melalui kerja-kerja dakwah Ibnuabidin di MRSM untuk melahirkan generasi Islam yang berupaya menjadi tokoh-tokoh hebat di dalam bidang sains dan teknologi yang mampu menguasai ekonomi dunia dan menyumbang kepada kebangkitan ISLAM. Mudah-mudahan kandungan post kali ini dapat menggetarkan semangat jihad kalian.

Salam,

Razali Awang, pemberita TV3 yang ke Gaza baru-baru ini pernah datang ke pejabat untuk berkongsi pengalamannya semasa di sana. Pertemuan ini dianjurkan oleh Persatuan Pekerja Islam. Setiap kali Razali ingin bercerita, penceritaan beliau agak tersekat-sekat sebab beliau tidak dapat melupakan pengalaman yang beliau pasti akan kenang sampai mati. Saya ada sesuatu untuk dikongsikan yang membuatkan saya tidak tidur lena.

Mesir
Kata Razali, Mesir kini ibarat mempunyai Firaun moden. Nama sahaja Islam tapi sudah terlalu sekular. Sanggup kencing di dinding-dinding masjid. Mesir menyekat sempadan yang merupakan satu-satunya jalan masuk ke Gaza. Makanan dan ubat-ubatan semuanya rosak di sempadan Mesir-Gaza. Sempadan Gaza and Mesir ini sejauh 14 km. Kalau tidak ada sekatan yang dibuat, pasti rakyat Palestin tidak akan kebuluran. "Mesir sebenarnya lebih rela bersempadan dengan Israel daripada bersempadan dengan Hamas!" – Apa punya manusia ni, kata Razali Awang.
Khutbah Jumaat di Mesir mengharamkan khutbah mengenai keganasan di Gaza. Begitu banyak sebenarnya "checkpoint" perlu beliau lalui di Mesir, tetapi dengan pertolongan Allah SWT, alhamdulillah dapat terlepas dengan mudah. Tetapi yang peritnya, ada di antara mereka yang menjaga "checkpoint" tersebut yang meminta rasuah. Bas pula dikenakan bayaran RM 70 untuk perjalanan 500 meter. Memang sekutu kuat Amerika and Israel. (Eee…tak ingin hantar anak pergi Al Azhar, lebih baik hantar ke negara Islam lain. UIA pun dah bagus.)

Gaza (Palestin)
Terbahagi kepada 2 – Hamas dan Fatah. Sebelah Fatah ada kasino! Kata wartawan dari Belgium dan Itali, "the best strawberry in the world comes from Gaza". Imam Shafie lahir di sini (sebak pulak bila dengar yang ni). Razali kata rakyat Palestine sangat berpegang teguh kepada ajaran Islam dan mazhab Shafie. Orang Palestine sangat baik dan mudah berkawan berbanding Arab terutamanya Arab Mesir. Moyang Rasulullah SAW dikebumikan dia sini (lupa nama, tapi ada dimaklumkan mengenai Hashim). Sebuah negara yang cantik beriklim Mediterranean dan boleh mengalahkan Los Angeles kalau tak kerana peperangan..

Hamas
Memang kalangan yabg rela mati sebab mati syahid. Rela mati bila-bila masa. Bila bersalam perpisahan dengan Razali, mereka akan ucap "Kalau anda datang lagi ke sini, adakah kita akan bertemu lagi." Kata-kata ini ibarat mereka sedar yang ajal mereka pasti akan menjelma pada bila-bila masa. Tulang-tulang yang melekat pada dinding bangunnan yang rosak, tidak busuk walau dah berminggu! Mayat tidak reput langsung, bila kubur dibedil oleh Israel. Punyalah jahat Israel ini, kubur pun nak dibedil kerana kononnya ada tempat simpan senjata.
Hamas ada 25,000 orang dan tidak memiliki senjata canggih tetapi yang mati hanya 100 lebih orang sahaja. Hamas beroperasi di bawah tanah dan mereka berada di merata-rata tempat dan bergerak dalam kumpulan kecil. Isteri kepada yang mati syahid, hanya mempunyai satu misi iaitu untuk berperang dan mati syahid supaya dapat berjumpa suami semula di syurga. Bagi mereka, kanak-kanak yang mati akan berada di sisi Allah SWT. Menurut seorang ibu yang anaknya mati syahid, hari ini seorang mati, esok akan lahir lagi seorang bayi.

Israel
Memang pengecut sebab tidak berani perang "one to one" dengan Hamas. Di darat hanya duduk di dalam kereta kebal dan serang dengan bom pintar, bom fosforus dari jarak jauh. Mereka sedar bahawa Hamas mempunyai penembak tepat! Jadi, mereka begitu takut untuk turun dari kereta kebal.

Kereta kebal Israel memusnahkan tanaman seperti anggur dan pokok zaitun sebab tanaman ni makan masa bertahun untuk tumbuh balik. Biar rakyat Palestin kebulur dan tidak ada sumber pendapatan. Semua resolusi PBB, satu pun Israel tidak ikut. Ada "back-up" besarlah katakannn.

Rakyat Palestin
Sedih Razali melihat mereka merebus rumput sebab sudah tidak ada makanan. Kanak-kanak tiada cita-cita lain selain dari ingin menjadi pengebom berani mati kerana trauma melihat ahli keluarga dibunuh di depan mata sendiri. Di hospital, pembedahan, jahit kulit dan lain-lain terpaksa dibuat tanpa bius. Sebab ubat sudah tiada. Razali berkata, beliau tidak tahan bila melihat budak-budak menjerit kesakitan bila kepala di jahit. Beliau juga ada pergi sendiri ke dewan bedah yang telah dibedil dengan bom fosforus. Sebelum serangan ada beberapa doktor yang sedang bedah pesakit. Razali berkata, tiada apa yang tinggal. Semua sudah menjadi abu. Ada juga ternampak serpihan tulang di merata-rata tempat. Fosforus ini boleh menghancurkan kulit dan tulang. Nauzubillah. Ada banyak lagi tetapi terlalu panjang untuk ditulis. Razali Awang memang sukarela untuk pergi ke Gaza. Jadi, inilah yang diceritakan oleh beliau.
Satu lagi antara pembekal rifle ke Israel selain dari USA is negara jiran kita yang paling dekat iaitu SINGAPURA. Jadi, Razali berkata, kalau kita "shopping" di sana ibarat kita menyokong Israel. Jadi rakan-rakan, kita terus berdoa dan berdoa untuk keselamatan saudara Islam kita di mana jua mereka berada.

Wasalam.

The bellow photos are not a Movie Shooting or Celebrating a festival with crackers but its a school in Gaza. This is the current situation of the innocent people in Gaza! Make sure you read till last to know what is white phosphorus and the effect!

(UNRWA SCHOOL IN BEIT LAHIA, GAZA , PALESTINE)