PENGUMUMAN

Salam kepada pengunjung blog ibnuabidin. Ingin dimaklumkan bahawa penerbitan video kuliah ust shamsuri yang diterbitkan oleh ibnuabidin motion picture telah dihentikan kerana hal perubahan tempat kerja yang menyukarkan rakaman video untuk dilakukan atas kekangan masa, tempat dan jarak. Untuk tidak menghampakan para pengunjung blog, ibnuabidin akan cuba dapatkan video-video yang diterbitkan oleh sahabat-sahabat lain yang mengikuti kuliah ust shamsuri. Segala kesulitan amatlah saya kesali.

Jazakallah di atas segala sokongan.

NASIB MANUSIA YANG TERAKHIR MASUK KE SYURGA

SEGALA puji bagi Allah SWT tuhan sekalian alam. Selawat dan salam disampaikan kepada junjungan Nabi Muhammad SAW, keluarga dan sahabat-sahabat baginda serta generasi yang mengikuti jejak dan amal soleh mereka, amin.

Ibnuabidin ingin berkongsi kuliah hadis yang berkaitan dengan nasib manusia yang terakhir yang memasuki syurga. Kuliah tersebut telah dirakamkan di Masjid Padang Temusu, Sungai Petani, Kedah pada 26 Oktober 2010. Mudah-mudahan kita dapat manfaat dari kuliah tersebut.



sambungan



sambungan

ABU BAKAR AS-SIDDIQ

SEGALA puji bagi Allah SWT tuhan sekalian alam. Selawat dan salam disampaikan kepada junjungan Nabi Muhammad SAW, keluarga dan sahabat-sahabat baginda serta generasi yang mengikuti jejak dan amal soleh mereka, amin.

Setelah hampir beberapa bulan Ibnuabidin tidak memasukkan kuliah mukadimah Ust Dato Hj Shamsuri Hj Ahmad atas sebab ketiadaan kuliah ust pada bulan 8 dan 9 bagi memberi laluan untuk ibadah puasa dan sambutan hari raya.

Kini Ibnuabidin berkesempatan untuk berkongsi kuliah hadis yang berkaitan dengan Abu Bakar As Siddiq buat pengunjung setia blog Ibnuabidin ini. Kuliah tersebut telah dirakamkan di Masjid Taman Brown, Pulau Pinang pada 18 Oktober 2010. Mudah-mudahan kita dapat manfaat dari kuliah tersebut.



sambungan