PENGUMUMAN

Salam kepada pengunjung blog ibnuabidin. Ingin dimaklumkan bahawa penerbitan video kuliah ust shamsuri yang diterbitkan oleh ibnuabidin motion picture telah dihentikan kerana hal perubahan tempat kerja yang menyukarkan rakaman video untuk dilakukan atas kekangan masa, tempat dan jarak. Untuk tidak menghampakan para pengunjung blog, ibnuabidin akan cuba dapatkan video-video yang diterbitkan oleh sahabat-sahabat lain yang mengikuti kuliah ust shamsuri. Segala kesulitan amatlah saya kesali.

Jazakallah di atas segala sokongan.

BERSIN KETIKA SOLAT

SEGALA puji bagi Allah SWT tuhan sekalian alam. Selawat dan salam disampaikan kepada junjungan Nabi Muhammad SAW, keluarga dan sahabat-sahabat baginda serta generasi yang mengikuti jejak dan amal soleh mereka, amin.

Ibnuabidin ingin berkongsi kuliah kitab hadis bahrul madzi yang membicarakan tentang bersin ketika solat. Kuliah tersebut telah dirakamkan di Surau Taman Lake Homes, Kepala Batas. Kepada semua pengunjung setia blog ini, Ibnuabidin ingin memohon maaf atas kelewatan memuat naik video di dalam youtube kerana kesibukan menghadiri kelas master di UM pada tahun ini. InsyaAllah, dalam bulan 6 ini, Ibnuabidin akan memuat naik video-video yang masih di dalam simpanan. Selamat memperolehi manfaat dari ibnuabidin.blogspot.com. Salam